..suka suki saya..

..suka suki saya..
:: suka suki saya ::

Tuesday 10 January 2012

berubah,,

ramai hendak berubah tapi tak tahu cara,
berubah nak gempak2 je,
tengok kemampuan diri dalam masa yang sama kuatkan hati.

1) dulu hisap rokok 1 jam 3 batang, berubahlah 1 jam 1 batang

2) dulu kencing malam, sekarang dah tak kencing malam lagi, dah besar katakan

3) dulu mencarut cakap babi sial lahanat, berubahlah cakap babi sial je, cket2 pon berubah juga

4) dulu solat akhir waktu, tukarlah solat tengah2 waktu pulak

5) dulu main bola seluar pendek atas lutut, tukarlah pakai 3 quarter

6) dulu makan gula2 xbaca bismillah, bace la sekarang

7) dulu quran xpernah baca, sempena tahun baru ni lap-lap la quran tu, xpayah bace pon xpe, lap je

8) dulu buka tenet, layan fb smpai muntah, sekarang kalau layan fb rasa nak muntah tu bukak la browser baru bace kisah nabi ke sahabat ke politik ke

9) dulu bacaan ketika sujud xpaham, pergilah search tenet cari makna

10) dulu solat magrib je, berubah lah solat magrib ngan isyak pulak

11) dulu katil xpernah kemas, sekarang kemaslah



sebagai penambah motivasi,

kita kagumi la perubahan Mus'ab bin Umair, anak muda yang dari keluarga yang kaya raya apabila masuk islam dibuang keluarga,
kalau dahulu orang boleh kenal kehadirannya melalui minyak wanginya, dengan pakaian mahalnya,
tetapi matinya sebagai seorang syuhada, kain yang menutupi tubuhnya menampakkan kaki apabila ditarik di bahagian kepala, menampakkan kaki apabila ditarik dibahagian kepala ( kain x cukupla maknenye, tu pon x paham ke ).

kagumilah umar al khatab, tempat yang dilaluinya  xkan dilalui syaitan

berubah xperlu nak ketara sangat,
cket2 pon ok je tapi kene istiqamah,
xpayah segan nak berubah,

ingat pesan Allah,

...Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang yang berbuat baik.
( yusuf : 90 )







renung-renung kan dan selamat beramal :)

No comments:

Post a Comment